1. Penerimaan Terma
Dengan menggunakan perkhidmatan kami, anda bersetuju untuk mematuhi semua terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh Junx Cloud MY.
2. Jenis Perkhidmatan
Kami menyediakan jualan domain, hosting untuk server SAMP, hosting bot, dan perkhidmatan berkaitan SAMP.
3. Akaun dan Keselamatan
Anda bertanggungjawab untuk menjaga maklumat akaun dan kata laluan. Junx Cloud MY tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerugian akibat akaun yang digodam sekiranya anda tidak menjaga keselamatan akaun anda.
4. Pembayaran
- Semua pembayaran mesti dibuat melalui Touch 'n Go atau Sociabuzz sahaja.
- Semua pembayaran adalah muktamad selepas transaksi berjaya.
- TIADA PEMULANGAN WANG (NO REFUND) untuk sebarang sebab.
- Kami akan cuba bantu jika berlaku kegagalan teknikal dari pihak kami.
5. Warranty Hosting dan Feedback
- Warranty hanya aktif jika anda beri feedback segera kepada pihak support.
- Feedback wajib dihantar melalui saluran rasmi (Discord/email).
6. Penggunaan Perkhidmatan
Dilarang menggunakan servis untuk penipuan, spam, atau aktiviti haram.
7. Privasi
Maklumat pelanggan tidak akan dikongsi kepada mana-mana pihak tanpa kebenaran.
8. Penamatan dan Sekatan
Junx Cloud MY berhak untuk menamatkan servis tanpa notis jika melanggar terma.
9. Perubahan Terma
Kami berhak kemas kini TOS tanpa pemberitahuan. Sila semak dari semasa ke semasa.
10. Pemilikan & Penafian Data
- Segala data server yang dihoskan adalah milik pengguna sepenuhnya.
- Pihak Junx Cloud MY tidak akan menyalahguna, mengubah, atau menjual data pengguna.
- Kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kehilangan data akibat kesilapan pengguna sendiri seperti padam server tanpa backup, atau kesalahan teknikal dari pihak pengguna.
- Backup adalah tanggungjawab pengguna melainkan pengguna membeli addon backup dari kami.
- Data pelanggan akan dipadam secara automatik selepas 30 hari dari tarikh tamat langganan.
11. Sokongan & Tanggungjawab Pengguna
- Pengguna WAJIB memberikan maklumat yang jelas dan lengkap semasa meminta sokongan teknikal.
- Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas masalah yang berpunca daripada salah konfigurasi oleh pengguna sendiri.
- Sokongan hanya akan diberikan dalam had masa yang wajar dan tertakluk kepada ketersediaan team sokongan.
12. Persetujuan Automatik
Dengan membuat sebarang pembelian atau langganan dari Junx Cloud MY, anda secara automatik bersetuju dengan segala Terma & Syarat yang telah ditetapkan tanpa perlu tandatangan fizikal.